Tuesday, September 1, 2009

Seluruh Hakim Syarie di Malaysia, Reformasi di tangan kalian.

Assalamu 'alaikum wrt. wbt.

Yang Amat Arif, Yang Arif,

Ana ingin mencadangkan pada Yang Amat Arif, Yang Arif, bila tiba kes minum arak, semua bersatu hati mengenakan hukuman sebat dan dilaksanakan terus di dalam Mahkamah Syariah disaksikan oleh orang ramai di dalam Mahkamah dengan menggunakan sebatang pensil atau ranting kayu (itulah ukuran rotan yang digunakan dalam Islam, terima kasih Pensyarah UIAM kerana mengajar ku celik undang-undang Syariah), lalu diangkat tidak melebihi ketiak dan disebat sebanyak 6 kali sebatan, boleh dilaksanakan secara langsung oleh Hakim Syarie di dalam Mahkamah selepas dijatuhkan hukuman kerana seperti yang terdapat di dalam undang-undang seorang yang ingin melaksanakan hukum syariah mestilah yang matang, adil dan ihsan. Tiada pula undang-undang mengatakan seorang Hakim tidak boleh laksanakan hukum Syariah di dalam Mahkamah. Jadi tidak akan jadi isu-isu meraban seperti nak dibawa ke Penjara Kajang, nak ditahan terlebih dahulu, nak tunggu tukang sebat berkursus, tukang sebat tak ada......malu kita syeikh .... malu kita pada ALLAH kerana kejahilan segelintir pihak dalam ilmu Syariah......

Keadilan di tangan kalian........Moga ALLAH merahmati Institusi Kehakiman Syariah di Malaysia

Firman ALLAH yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana ALLAH biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka ALLAH lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya ALLAH adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan." Surah An-Nisaa' : 135

" We made for you a law, so follow it and not the fancies of those who have no knowledge."

Jazakumullahu Khairan Kathira

1 comment:

  1. manusia mudah terpengaruh pada 4 unsur iaitu suasana,rakan, nafsu dan syaitan.Bilamana suasana itu tidak memihak kpd islam,maka terlahirlah generasi2 yang buta pada agama dan jahil dalam tindakan nya. maka adalah wajib bagi pemerintah utk mencetuskan suasana islam dalam pemerintahan,kerna suasana yang tidak islamik akan membuat masyarakat islam berada di pinggir neraka.Lihatlah!bila saja kaki melangkah keluar dari rumah maka terpandanglah noda dan dosa di sekeliling kita.maka WAJIB lah mengubah suasana tersebut demi memelihara iman kita dari jerumus ke neraka dgn cara mngubah pemerintahan yang tidak tahu membeza pahala dan dosa.bilamana payung yang menaungi itu tidak islam maka iman kita dalam bahaya.

    ReplyDelete